Penularan Influenza A, beberapa pelajar sekolah di Selangor dan Pulau Pinang positif wabak.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan KPM menerima laporan penutupan beberapa buah sekolah termasuk di Selangor dan Pulau Pinang, akibat penularan Influenza A.

Ia susulan pelajar di sekolah-sekolah terlibat didapati positif wabak tersebut.

Justeru, KPM dalam kenyataan medianya mengingatkan pihak sekolah supaya mematuhi Garis Panduan Pengawalan Penularan Wabak Influenza A yang dikeluarkan KPM.

 

Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah kini bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan, untuk melakukan pemantauan berterusan di kesemua sekolah terlibat.

Warga sekolah yang memiliki tanda-tanda jangkitan perlu diasingkan, dan segera dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ibu bapa turut diminta lebih peka dengan tidak menghantar anak-anak ke sekolah, sekiranya mereka tidak sihat.