“Pemuda menyamar sebagai ‘makmum wanita’ mencuri barang jemaah masjid diburu!”

Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, berjaya mengesan seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita mencuri barang jemaah di Masjid Ibnu Abbas, Taman Ibu Kota Setapak.

Suspek dipercayai memakai telekung dan menyamar sebagai makmum wanita di masjid tersebut.

Menurut satu kenyataan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki telah masuk ke masjid lingkungan jam 9 malam.

Menurut sumber Sinar Harian, Suspek yang telah menyarung telekung kemudiannya terus berjalan ke arah beg tangan ketika jemaah sedang menunaikan solat.

Sementara itu, Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi, Pegawai Penyiasat Kanan, IPD Wangsa Maju, Asisten Superintendan S Gopal di talian 012-5120242 / 03-92899222 atau Penolong Pegawai Penyiasat IPD Wangsa Maju, Sarjan Mohd Mudzamil Razak di talian 013-3260395.

Tambah pula, Orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi melancarkan siasatan yang sedang dijalankan.