Sanggup Pinjam Along Beli Laptop, Naik Motor 400KM Namun Anak Perangai “Binatang” Tidak Mahu Jumpa Ibu Bapa

Tular sejak semalam pasangan suami isteri separuh abad yang terpaksa berhadapan dengan perangai “binatang” anaknya yang juga pelajar sebuah kolej.

Menerusi perkongsian pengguna laman sosial Zunnur Aiman Nurikhan, pasangan ini yang berasal dari Batu Pahat, Johor terpaksa berhujan panas sejauh 400KM menaiki motor untuk menghantar komputer riba yang dibeli melalui pinjaman “along”untuk anaknya yang kini belajar sebuah kolej di Selangor.

Bagaimanapun apa yang membuat netizen marah apabila anak pasangan ini yang dikenali sebagai Shahira bersikap derhaka kepada ibu bapanya.

Hanya meminta komputer riba yang dibawa itu ditinggalkan di pondok pengawal, difahamkan juga Shahira turut enggan bertemu dengan ibu bapanya dengan memberikan pelbagai alasan.

Sepanjang dua jam menunggu anaknya, akhirnya pasangan ini membuat keputusan untuk pulang ke Batu Pahat pada hari yang sama.

Bagaimanapun tayar motor yang dinaiki mereka bocor dan menyebabkan pasangan ini mengalami kesukaran.

Bagaimanapun dengan bantuan beberapa “rider” akhirnya pasangan ini bukan sahaja selamat sampai semula ke rumah tetapi juga turut ditemani beberapa “rider” yang cukup sedih dengan apa yang dilalui pasangan ini.

Menerusi muat naik Zunnur juga menjelaskan ayah kepada Shahira ini berhadapan dengan masalah kesihatan apabila menggunakan kantung usus di luar badannya.

 

Namun sayang seorang ayah tetap membuatkan dia gigih menemani isterinya untuk menghantar komputer riba yang diminta selain menyimpan hasrat bertemu anaknya itu.

Sementara itu melalui video yang turut dimuat naik Zunnur, ibu kepada Shahira ini turut menyatakan kekesalan atas apa yang dilaluinya. Namun jiwa seorang ibu nampaknya tidak pernah jauh dari kemuliaan apabila dia tetap mendoakan anaknya ini berjaya selain mempunyai kehidupan yang baik.

Kisah Anak Derhaka yang tidak mahu jumpa ibu bapa yang hantar laptop ?Kisahnya :Anak Jenis Binatang‼️ baca dan tolong viral sampai kau sedar apa sebenarnya yg kau dah buat. Ini tindakan aku sebagai manusia. Malu??.. Mari hadap..??Awal cerita, sepasang penunggang skuter dengan umur lebih separuh abad yg x dikenali membawa kami penunggang lain x kenal siapa utk sama2 kongsi cerita.Sumpah celaka. Mak bapak kau ride skuter cabuk tu dari pt besar Batu Pahat ke kolej KUIS Selangor jam 3 ptg berpanas semata untuk hantar laptop yg kau mintak. Bila smpai KUIS cari kau x jumpa, dia call kau, kau mintak mak bapak letak laptop yg kau mintak tu dekat post je guard?????… Kau x nak ke jmpa mak bapak kau pompuan bodo….kau sedar x mak kau bawak moto tu dgn bapak kau yg berkantung usus kat luar semata nak tunai kan apa yg kau nak.. Atleast jmpa la puaka…….??And this happened…nice job pada brader2 2 roda yg jmpa pasangan ni jam 8am kat jejantas ayer keroh n follow smpai ke rnr tangkak..utk refuel n rehat sekejap… Cuaca hujan n basah kuyup.. Kitorang follow smpai ke rumah..bloodbrother highway… Respect.. And salute…Aku xde nak kalis2 lg ni…. Shahira pelajar KUIS Selangor n satu lg watak bernama Su… Korang dua ni x kan lepas bodoh2 mcm tu je…. Tolong pihak kolej ambik tindakan atas mereka bdua ni…. Cerita penuh boleh direct dgn aq apa yg sebenarnye jd…segala cerita, rumah, sikap, gambar, screenshot perbualan kau dgn mak kau. Aq ada. Aib kau aq masih simpan lg..Balik kg cium sujud kaki mak bapak kau mintak maaf sebelum kau x diterima Bumi. Anak derhaka pun x mcm kau. Insaf n taubat x pernah terlambat… Tgok muka mak bapak kau n sedar la pokemakkkkkkk….#bradermotorberkebajikan&bermasyarakat#Kredit- zunnur aiman nurikhan..

Posted by Berita Laman Sosial – BLS – on Friday, 13 December 2019