“Tiada Niat Nak Jadi Rapper” – Haneesya Hanee

    Artis baru wanita, Haneesya Hanee cabar dirinya menjadi rapper pula selepas melibatkan diri dalam bidang lakonan dengan niat ingin menyokong bakat adiknya.

    Tambahnya lagi, walaupun ia sekadar kolaborasi, tetapi percubaan berani Haneesya itu mendapat pujian komposer Harris Yusoff dan penulis lirik Jim Bimasakti yang turut menyifatkan beliau seorang yang bekerja keras.

    Mengulas lebih lanjut, Hanee turut berkongsi pengalaman buat pertama kali beliau menjadi rapper.

    “Agak terkejut apabila Abang Harris dan Abang Jim minta saya ambil bahagian rap. Perkara itu mendapat sokongan Mak saya dengan mengatakan cabaran yang bagus.

    “Dalam kehidupan ini kita kena berani mencuba sesuatu yang baru. Disebabkan itu, saya beranikan diri dan cuba juga buat walaupun pada mulanya kurang yakin. Namun, abang-abang Bimasakti banyak memberi tunjuk ajar.

    Sementara itu, bercakap mengenai Ibu Hanee, The News sempat temu ramah beliau di Neway Karaoke Box 1 Utama.

    “Saya suka dia mencuba benda yang baru. Saya sokong dia nak jadi rapper walaupun itu merupakan cabaran baginya tetapi dia ingin buktikan bahawa ada mesej yang ingin disampaikan.

    “Untuk anak saya, teruskan buat apa yang awak suka. Jangan fikir apa yang orang nak kata,” katanya kepada The News.

    Bagaimanapun, single terbaru Bimasakti itu dilancarkan serentak dengan video muzik rasmi pada hari ini.

    Lagu dan Music Video (MV) ini adalah terbitan dan edaran syarikat rakaman 17Eleven Music. Lagu tersebut boleh didengar di semua platform digital muzik dan MV di saluran Youtube Seventeen Eleven Music hari ini.