Home Viral Sanggup Pinjam Along Beli Laptop, Naik Motor 400KM Namun Anak Perangai “Binatang”...

Sanggup Pinjam Along Beli Laptop, Naik Motor 400KM Namun Anak Perangai “Binatang” Tidak Mahu Jumpa Ibu Bapa

Tular sejak semalam pasangan suami isteri separuh abad yang terpaksa berhadapan dengan perangai “binatang” anaknya yang juga pelajar sebuah kolej.

Menerusi perkongsian pengguna laman sosial Zunnur Aiman Nurikhan, pasangan ini yang berasal dari Batu Pahat, Johor terpaksa berhujan panas sejauh 400KM menaiki motor untuk menghantar komputer riba yang dibeli melalui pinjaman “along”untuk anaknya yang kini belajar sebuah kolej di Selangor.

Bagaimanapun apa yang membuat netizen marah apabila anak pasangan ini yang dikenali sebagai Shahira bersikap derhaka kepada ibu bapanya.

Hanya meminta komputer riba yang dibawa itu ditinggalkan di pondok pengawal, difahamkan juga Shahira turut enggan bertemu dengan ibu bapanya dengan memberikan pelbagai alasan.

Sepanjang dua jam menunggu anaknya, akhirnya pasangan ini membuat keputusan untuk pulang ke Batu Pahat pada hari yang sama.

Bagaimanapun tayar motor yang dinaiki mereka bocor dan menyebabkan pasangan ini mengalami kesukaran.

Bagaimanapun dengan bantuan beberapa “rider” akhirnya pasangan ini bukan sahaja selamat sampai semula ke rumah tetapi juga turut ditemani beberapa “rider” yang cukup sedih dengan apa yang dilalui pasangan ini.

Menerusi muat naik Zunnur juga menjelaskan ayah kepada Shahira ini berhadapan dengan masalah kesihatan apabila menggunakan kantung usus di luar badannya.

 

Namun sayang seorang ayah tetap membuatkan dia gigih menemani isterinya untuk menghantar komputer riba yang diminta selain menyimpan hasrat bertemu anaknya itu.

Sementara itu melalui video yang turut dimuat naik Zunnur, ibu kepada Shahira ini turut menyatakan kekesalan atas apa yang dilaluinya. Namun jiwa seorang ibu nampaknya tidak pernah jauh dari kemuliaan apabila dia tetap mendoakan anaknya ini berjaya selain mempunyai kehidupan yang baik.

Exit mobile version