“Rasa nak jadi orang Puchong sebab ada Uncle Kentang” sewa bas RM 70 untuk rombongan kahwin, Uncle Kentang sekali lagi tarik perhatian

Nama Kuan Chee Heng ini mungkin kurang dikenali, namun menyebut nama “Uncle Kentang” pasti ramai yang boleh mengenali siapa lelaki yang banyak berjasa buat masyarakat terutamanya di kawasan Puchong.

Selain bantuan makanan dan pelbagai lagi bantuan termasuk penggunaan van jenazah untuk masyarakat setempat kini Uncle Kentang muncul lagi sebagai “hero” apabila turut membuat tawaran sewa bas serendah RM 70.

Jelasnya dalam perkongsian laman sosial, fokusnya adalah untuk anak-anak Puchong yang memerlukan perkhidmatan bas yang akan digunakan untuk rombongan perkahwinan.

TAWARAN SAYA KEPADA ANAK ANAK PUCHONG. BAS RM 70. Kalau buat majlis kahwin, bersanding, kepada pakcik pakcik yang nak…

Posted by Kuan Chee Heng on Friday, March 6, 2020

“Kalau buat majlis kahwin, bersanding, kepada pakcik pakcik yang nak kahwin selepas duda, mana mana ibu tunggal yang nak kahwin lagi, tapi EKONOMI KURANG, dan ada pulak ramai nak ikut persandingan… tak ada transport, tak ada duit nak sewa bas…. saya offer bas RM 70 SEKALI SEWA kerana bayar bas driver dan belanja lah bas driver nasi minyak,” tulisnya.

Mungkin tahu belanja besar yang diperlukan untuk menyewa sebuah bas, Uncle Kentang mahu bas ini memudahkan urusan mereka yang ingin membuat rombongan ke majlis perkahwinan.

“HANYA TERBUKA KEPADA ANAK ANAK PUCHONG,JANDA PUCHONG, BAPAK TUNGGAL PUCHONG YANG AKAN BERKAHWIN tapi tak cukup modal nak sewa bas untuk rombongan.

“BAS INI HANYA BOLEH DI GUNAKAN DALAM KAWASAN 50 KM dari Puchong. Supaya pemandu tak letih,”tulisnya lagi.

Ternyata bantuan seperti ini mungkin jarang kita kedengaran. Namun apa yang cuba disampaikan Uncle Kentang ini sebenarnya bukan sahaja memudahkan urusan banyak pihak tetapi juga cukup mulia.

“Kalau nak kahwin dan perlu bantuan bas, call 018 2683999. HANYA UNTUK WARGA PUCHONG SAHAJA,” jelasnya.

Youtube : Uncle Kentang Production