Gimik Ke Apa Ni Ezad Lazim Nak Kahwin Lagi ?

Penyanyi popular kumpulan Exist, Ezad Lazim dikhabarkan akan bersanding sekali lagi pada hujung bulan ini. Berita ini disampaikan sendiri oleh Ezad semasa menghadiri majlis sidang media sempena preview Buffet Ramadan 2020 di Hall Sri Taming di sini hari ini.

Beliau yang hadir ke sidang akhbar di sini bersama pasangannya kelihatan amat ceria sekali.
Turut hadir adalah CEO/Founder Ilham Kayaman S/B, En Azman Ali, pihak Wedding Planner yang akan mengaturkan majlis persandingan mereka.

Majlis persandingan mereka dijadualkan pada Hari Ahad, 29 Mac 2020 di White Ballroom
bertemakan CINTA White Ballroom, bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Pemilik bersama EZ Ventures, syarikat yang menguruskan Ezad Lazim yang juga
isteri beliau, Puan Zeana Ramli, setelah perbincangan dengan wakil Wedding Planner En
Azman Ali, sudah sampai serunya Ezad Lazim untuk bersanding sekali lagi.

“Kami mendoakan yang terbaik untuk Ezad dan masa depannya,” kata Puan Zeana dalam satu kenyataan kepada media.

Ya semestinya rezeki Ezad Lazim akan lebih cerah di masa hadapan kerana beliau telah
melangkah setapak lagi dalam kariernya dengan menyertai perniagaan. Beliau sekarang
menceburi perniagaan majlis perkahwinan serta dewan perkahwinan.

‘Gimik’ persandingan kali kedua ini adalah untuk menyambut ulangtahun perkahwinan Ezad
Lazim dan pasangannya Zeana Ramli yang ke tujuh, iaitu pada 30.03.13.

Disamping itu juga akan diadakan majlis perasmian dan memperkenalkan CINTA White
Ballroom by Ezad Lazim, diinspirasikan dari lagu-lagu nyanyian Ezad Lazim yang
kebanyakannya berkisar cinta dan amat bersesuaian sekali dengan pasangan yang bercinta dan ingin melangkah ke gerbang perkahwinan.

“Perniagaan dalam majlis perkahwinan tidak akan surut. Walaupun ekonomi negara merosot, mereka akan tetap berkahwin dan mengadakan majlis perkahwinan,” ujar Ezad Lazim ketika ditanya mengapa memilih perniagaan ini.

“Lagipun isteri saya mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perkhidmatan dan
pengurusan acara,” ujarnya lagi.

Kepada pasangan bakal pengantin yang ingin menempah tempat duduk untuk majlis
persandingan Ezad Lazim di CINTA White Ballroom, sila hubungi talian 011-5890 9104.
Tempat adalah terhad.