[ Video ] Ramai Yang Terhibur Menonton Persembahan Bicara Berirama Kumpulan Pelajar Ini. Kreatif!

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan sekumpulan pelajar yang sedang membuat persembahan bicara berirama. Difahamkan mereka adalah pasukan GEWIRA dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, Sabah.

Rakaman berdurasi hampir 13 minit itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dan telah meraih lebih 958,000 tontonan dan 20,900 shares.

Menyaksikan kumpulan pelajar ini memang nampak menarik penuh dengan cerita dan gelagat yang menghiburkan.

TERHIBUR TENGOK PERSEMBAHAN BUDAK SEKOLAH NI KAN

Terhiburnya tengok persembahan budak sekolah ni kan, Memang terrbaik! Syabas ???Credit : Cikgu YusriFull video : https://youtu.be/ItzdDkvy668

Posted by Hannah Delisha on Saturday, 9 November 2019

Menerusi kapsyen dari si pemuat naik, video ini diambil dari YouTube Cikgu Yusri yang menyatakan kumpulan pelajar ini sebenarnya sedang bertanding dalam Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2019.

Kumpulan GEWIRA ini berjaya merangkul tempat pertama dalam acara yang dipertandingkan di Bukit Gambang Resort, Kuantan Pahang itu.

Sumber : Facebook – Cikgu Yusri