Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang, kakitangan yang bekerja untuk pengangkutan awam diajar untuk sentiasa memberikan layanan terbaik.
Walau bagaimanapun, seorang pelayan kereta api di Taiwan ini sanggup memberikan lebih dari itu untuk menenangkan seorang penumpang.
Pelayan itu berusaha sebaiknya untuk memujuk penumpang berkenaan yang dipercayai baru sahaja menerima berita buruk dan tidak dapat menahan perasaannya.
Sebaik melihat penumpang berkenaan menangis, pelayan wanita yang baik hati itu datang dan menemani wanita sehingga hampir sejam, malah dia turut mengelap mata serta mengusap kepala dan belakang penumpang wanita itu .
Pelayan tersebut turut membantu membawa begnya dan menghantarnya keluar apabila kereta api berhenti di lokasi yang dituju penumpang itu.
Rata-rata netizen memuji sikap pelayan itu yang prihatin walaupun apa yang dilakukannya bukanlah menjadi tanggungjawabnya.
Sumber : SCMP