Punca dua jiran bergaduh, owner sebenar spender mengaku bersalah serta mahu belanja KFC percuma

2399

MACAM-macam hal, pasal seluar dalam pun boleh bergaduh besar sesama jiran.

Seperti mana ‘drama’ yang viral hasil perkongsian seorang lelaki, Van J Edward di laman Facebook miliknya baru-baru ini, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Singapura.

Pada mulanya, seorang penghuni unit di kondominium terbabit telah meninggalkan sekeping nota di peti surat seorang jiran di tingkat atas bersama bungkusan beg plastik kerana menyangka ia sampah yang dibuang jiran terbabit ke rumahnya.

Nota pertama yang ditinggalkan seorang individu terhadap jiran yang disangka membuang sampah ke rumahnya.

Siapa sangka, jiran tingkat atas terbabit kemudiannya menyelongkar beg plastik yang mengandungi beberapa helai seluar dalam itu sebelum membalas semula nota berkenaan serta menafikan seluar dalam itu kepunyaannya.

Nota balas jiran tersebut yang menafikan sampah itu dibuang olehnya.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, seorang lagi individu yang dipercayai penghuni unit lain akhirnya meninggalkan nota di peti surat yang sama serta mengaku dirinya adalah pemilik sebenar seluar dalam itu.

Baca juga:   Suami orang cuba panjat siling lepas ‘kantoi’ berkhalwat

Individu itu menjelaskan, salah faham itu dipercayai berpunca daripada angin kuat sehingga menyebabkan pakaian dalamnya terbang dibawa angin ke rumah jiran terbabit.

Lebih menggeletek hati netizen, pemilik seluar dalam tersebut juga mempelawa kedua-dua jiran yang bergaduh itu makan malam KFC percuma bersamanya sebagai tanda berdamai di sebalik salah faham yang berlaku. -TheNews Malaysia

Nota pemilik spender yang mempelawa kedua-dua jirannya yang bergaduh supaya makan KFC bersama.

Sumber: Facebook