Mangsa Banjir di Kelantan dan Terengganu Meningkat Lebih 15,000

Sumber - Sinar Harian

Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin teruk menyebabkan mangsa banjir di dua negeri ini terus mencatatkan peningkatan dengan 15,126 orang melibatkan 4,901 keluarga pagi ini.

Kemudian di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,207 orang melibatkan 3,480 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 10,078 mangsa (3,437 keluarga) malam tadi.

Turut difahamkan, Pasir Mas menunjukkan mangsa paling ramai dipindahkan iaitu 5,751 (2,268 keluarga) melibatkan 28 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor pula, kekal 52 orang dari pada 13 keluarga setakat lapan pagi tadi.

Bagaimanapun, amaran ribut petir dari Jabatan Meteorologi Malaysia berkata sesetengah daerah Sarawak dan Sabah turut dilanda.