Berada ditangga terbawah, Bocey janji bawa persembahan terbaik ke pentas akhir – MLM 2019

Kredit-Facebook Bocey

Berada pada tangga paling bawah pada persembahan minggu separuh akhir Lawak Mega 2019 (MLM2019) semalam, Bocey akui mereka pada mulanya reda jika tidak ke pentas final pada minggu depan.

Bagi juara dua kali MLM ini tidak timbul soal maruah tercalar memandangkan mereka yakin pertandingan ini sudah diadili sebaiknya melalui kemampuan mereka.

“Memang kami sudah reda, sebab bila diberitahu kami berada di tangga paling bawah kami tidak sedih tetapi kecewa dengan persembahan sendiri.

“Bagi kami jika ini sudah tertulis rezeki kami. Kami harus terima, sebab sudah mencuba yang terbaik,”kata Abam.

Sementara Pengumuman tiada penyingkiran pada pentas akhir malam tadi melayakkan kumpulan ini turut bersaing dengan empat lagi kumpulan pada pentas akhir minggu depan.

Kredit-Facebook Bocey

Ternyata Bocey sendiri cukup bersyukur untuk diberi peluang untuk bersama Puteh, Zero, Rare dan Jborn kembali ke pentas akhir.

“Bagi kami ini adalah peluang untuk kembalikan apa yang sepatutnya ada diatas pentas. Kami tidak mahu janjikan apa-apa pada pentas akhir tetapi kami akan berjanji untuk memberikan yang terbaik,”katanya.

Melayakkan diri ke apabila diumumkan tiada penyingkiran pada minggu separuh akhir yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam sebentar tadi.

Sementara itu semalam kumpulan Puteh memenangi anugerah Oppo Punchline Machine, manakala Flamintoz Kumpulan Paling Syok pula menjadi milik kumpulan Jborn.

ersembahan kesemua peserta diadili oleh empat juri tetap yang terdiri daripada Datuk Jamal Abdillah, Lisa Surihani, Inul Daratista dan Najib Ali, yang mewakili 70 peratus pemarkahan dan 30 peratus lagi markah undian daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga di platform digital.