TEPUK dahi! Itu antara reaksi netizen apabila tersebar aksi tiga wanita yang ‘asyik’ bergelek dalam satu majlis dipercayai anjuran sebuah madrasah di Jogjakarta, Indonesia.
Video yang tular melalui media sosial Indonesia itu memeparkan aksi tiga wanita bertudung dan berkaca mata sedang menari dan bergelek di atas sebuah pentas, lapor Kosmo.
Beberapa hadiri turut dilihat tanpa segan silu merakam persembahan itu.
Kain rentang yang dilekatkan pada latar belakang pentas itu tertulis Haflah Akhir Sanah yang bermaksud sambutan akhir tahun persekolahan di sebuah madrasah.
Perbuatan yang dianggap tidak sopan ini mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan adakah ini produk sekolah madrasah generasi kini.
“Inilah contoh masyarakat akhir zaman, produk ‘TikTok’ sekolah madrasah,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Kasihan ibu bapa tiga remaja ini dengan perbuatan anak-anak mereka,” komen seorang lagi.
Sumber: Kosmo