Sah! Tiada DNA babi dalam gegelung sotong

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada asid deoksiribonukleik (DNA) babi dikesan dalam sampel gegelung sotong sejuk beku seperti yang tular baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, KPDNHEP telah mengambil maklum isu yang tular itu apabila gegelung sotong sejuk beku yang didakwa mengandungi rektum babi, lapor Kosmo.

Sehubungan itu, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk terbabit di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor serta Johor Bharu.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan yang telah dijalankan, beberapa produk ditemukan dan pihak KPDNHEP telah mengambil tindakan dengan menyita kesemua produk terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan lain untuk siasatan lanjut.

“Sampel-sampel daripada produk terbabit telah dihantar kepada Jabatan Kimia untuk tujuan mengenal pasti sama ada produk terbabit mengandungi DNA babi atau sebaliknya,” katanya kepada Kosmo.

Menurut Alexander, keputusan yang diterima daripada Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan yang telah dijalankan, beberapa produk ditemukan dan pihak KPDNHEP telah mengambil tindakan dengan menyita kesemua produk terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan lain untuk siasatan lanjut.

“Sampel-sampel daripada produk terbabit telah dihantar kepada Jabatan Kimia untuk tujuan mengenal pasti sama ada produk terbabit mengandungi DNA babi atau sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Alexander, keputusan yang diterima daripada Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.

Sumber: Kosmo