Jabatan forensik netizen mula bongkar ‘dosa silam’ pemandu Myvi BKT 404 elak bayar tol – “Ada 11 saman tertunggak, ini bukan insiden pertama”

LAGI kisah legend mengenai sikap pemandu kereta ‘Supercar’ Perodua Myvi. Terbaharu hari ini, viral di media sosial mengenai video seorang lelaki yang memarahi pemandu kereta jenis Perodua Myvi bernombor plat BKT 404 yang didakwanya mengekorinya dengan rapat bagi tujuan mengelakkan pembayaran tol, lapor portal The Reporter.

Kejadian itu dipercayai berlaku di susur keluar plaza tol Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) malam tadi apabila pemandu Myvi itu dipercayai cuba mencucuk belakang kereta perakam video untuk mengelak daripada membuat bayaran tol.

VIDEO yang viral di Twitter rentetan tindakan pemandu Perodua Myvi terbabit yang enggan membayar tol.

“Kau cucuk aku tadi eh?! Datang! Datang! Datang!” kata perakam, tetapi pemandu Myvi itu seperti terkedu kerana takut menyebabkan lelaki itu pergi mendekati kereta tersebut.

“Hey! Lain kali kau beli kereta ha, (beli Touch n Go sekali). Hey! Kau bayar kereta boleh, kenapa tak boleh bayar tol?! Kenapa tak boleh bayar tol?!

“Ini nombor eh, biar satu Malaysia tahu! Puti ama punya budak! Orang lain kau boleh ikut (cucuk rapat) belakang eh, dengan aku jangan eh! Ingat eh!

“Tunjuk muka sikit!! Tunjuk muka sikittttttttt!!!” teriak lelaki itu dengan penuh rasa geram. Tetapi pemandu Myvi itu enggan berbuat demikian.

Rentetan kejadian itu, jabatan forensik netizen mula menjalankan siasatan serta menggali maklumat mengenai kenderaan itu memandangkan nombor pendaftarannya sudah terpampang dengan jelas.

Berdasarkan pemeriksaan netizen, kenderaan itu mempunyai 11 saman kesalahan trafik yang berjumlah sebanyak RM2,250 yang masih belum dibayar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

HASIL siasatan jabatan forensik netizen mendapati pemandu Myvi terbabit memiliki 11 saman tertunggak berjumlah RM2,250.

Myvi yang sama juga pernah dikesan melakukan kesalahan yang sama pada 29 Mei lalu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Bukit Raja – Jalan Duta.

“Selamber cucuk orang tak bayar tol. Kalau dari Duta dia masuk ni, jimat RM3.77,” tweet mangsa.

PENDEDAHAN netizen mengenai sikap pemandu Myvi terbabit yang didakwa pernah melakukan kesalahan yang sama pada 29 Mei lalu di Lebuhraya PLUS.

Bagi pengguna lebuhraya yang pernah mengalami insiden seperti ini adalah dinasihatkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa PDRM atau Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk tindakan lanjut.

Sumber: The Reporter

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...