Sudahla jatuh longkang, kaki pula patah. Peragut dapat balasan segera!

SEORANG lelaki ditahan apabila motosikalnya terbabas ke dalam longkang selepas meragut telefon bimbit seorang pelajar perempuan di Jalan Sekolah, Seri Kembangan, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.30 petang.

“Ketika kejadian, mangsa berusia 17 tahun dikatakan berjalan sambil berbual di telefon sebelum dihampiri suspek menunggang motosikal dari arah belakang.

“Suspek berusia 34 tahun itu meragut telefon pelajar terbabit menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong menyebabkan suspek panik dan terus memecut motosikalnya.

“Tindakan itu menyebabkan motosikal ditunggang suspek hilang kawalan dan terjatuh ke dalam longkang tidak jauh dari lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keadaan peragut selepas terbabas ke dalam longkang.

Razali berkata, suspek kemudian ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, suspek kini dirawat di Hospital Serdang kerana mengalami patah kaki serta pendarahan di bahagian kepala.

“Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa telefon bimbit disyaki dicuri dan beberapa peket dadah dalam milikan lelaki berkenaan.

“Semakan mendapati suspek berkenaan mempunyai empat rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Metro

Most Popular

Faizal Azumu bakal jadi TPM?

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan seolah-olah bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi...

Tiada lagi kes baru, gangguan ketukan pintu misteri berakhir

Selepas 18 hari menghantui penduduk di daerah ini, misteri gangguan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhir apabila tiada lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku. Ketua...

Bertabahla warga Selangor, PKPB dilanjut sehingga 20 Disember

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini. Menteri Kanan...

Faizal Azumu kini Menteri Besar Perak sementara

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau kini kekal menjadi Menteri Besar Perak namun ia dibawah kerajaan sementara sehingga rombakan baru...