Bukan pemandangan biasa, namun kelibat seorang kanak-kanak yang baru sahaja bersunat menaiki bus ternyata membuat hati netizen sebak. Melalui Facebook Intan Nurfatiha, dia pada mulanya mencari siapa gerangan adik yang cukup tabah ini.
Melalui perkongsiannya itu juga dia memberitahu kanak-kanak ini juga ditemani ibunya yang sedang mendukung bayi.
Namun kuasa viral berjaya menemukan Intan dengan keluarga adik tersebut. Melalui perkongsian terbaharu Intan juga dia telah berjaya berkongsi sedikit rezeki dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai Nasmir Amir itu.
Berusia sembilan tahun, difahamkan Nasmir tinggal bersama ibunya yang juga seorang ibu tunggal di Subang Perdana. Tambahnya lagi, dia juga diberitahu ibu kepada Nasmir tidak berkemampuan dan itu menyebabkan Nasmir tidak mempunyai sebarang majlis.
Semoga dipermudahkan urusan adik Nasmir dan keluarga.