Lebih 340,000 Penduduk Bicol Terjejas Akibat Taufan Kammuri Berlindung Di Pusat Penempatan Sementara

LEGAZPI, FILIPINA – Lebih 340,000 penduduk wilayah Bicol, Filipina kini berlindung di pusat penempatan sementara, selepas kediaman mereka rosak dibadai Taufan Kammuri.

Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila ditutup sementara atas faktor keselamatan.

Hampir 500 penerbangan terpaksa dibatalkan dan pihak berkuasa meminta penumpang menjauhi kawasan lapangan terbang sehingga keadaan pulih seperti biasa. Turut terjejas, Lapangan Terbang Legazpi di wilayah Bicol.

Dalam pada itu, penduduk setinggan di kawasan rendah di Manila juga diarah berpindah sebelum banjir kilat melanda. Pihak berkuasa tidak dapat memberi anggaran jumlah penduduk terlibat dalam pemindahan berkenaan.

Kerajaan masih menjalankan pemerhatian terhadap jumlah kerosakan yang berlaku, selain berusaha memulihkan bekalan elektrik.

Menurut agensi bencana Filipina, bekalan elektrik dijangka mengambil masa untuk pulih, memandangkan banyak tiang elektrik tumbang dan kawasan penempatan dilanda banjir kilat.

Sumber – Berita RTM