Netizen bongkar makcik pengemis viral sebenarnya duduk hotel!

KECOH di media sosial beberapa hari lalu susulan perkongsian seorang pelayar di Twitter mengenai kisah seorang wanita warga emas yang terpaksa mengemis di sebuah pasaraya di Batu Caves, Selangor.

Menurut pelayar yang hanya mahu dikenali sebagai Awanis Rasdi, menerusi penceritaan warga emas berkenaan, dia terpaksa meminta sedekah selepas suaminya diberhentikan kerja gara-gara pandemik Covid-19 dan keluarganya kehilangan sumber pendapatan.

Malah dakwa wanita warga emas tersebut, dia bersama suami dan seorang anak perempuannya hanya menyewa sebuah bilik di Maluri, yang sehingga kini sudah tertunggak beberapa bulan kerana ketiadaan wang.

KISAH warga emas ini menarik perhatian netizen apabila sering meminta sedekah di sebuah pasaraya di Batu Caves, Selangor. – Gambar kredit: mStar

Perkongsian itu nyata meruntun hati netizen yang bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, malah rata-ratanya tidak lokek memberi sumbangan ikhlas bertujuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung.

Namun kisah ini bertambah hangat susulan komen beberapa netizen yang mendedahkan siapa gerangan wanita peminta sedekah berkenaan, dengan mendakwa individu itu menyewa di sebuah hotel.

Dalam masa yang sama, kes berkenaan turut mendapat perhatian seorang guru yang aktif menguruskan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Mohd Fadli Salleh.

Disebabkan ramai yang membuat pautan (tag) kepada akaun Facebook miliknya, guru ini mengambil inisiatif untuk turun padang dan mencari sendiri wanita berkenaan untuk tindakan lanjut dalam urusan bantuan kebajikan.

Selepas melakukan ‘siasatan’ termasuk bertanya kepada pekerja di pasaraya berkenaan, apa yang ditemuinya nyata menimbulkan 1001 persoalan.

MOHD. Fadli ketika turun padang untuk mencari sendiri wanita warga emas tersebut sebelum bertemu dengan pegawai Lembaga Zakat Selangor.

“Aku pun pergi ke pintu utama, berjumpa staf Giant yang berdiri di situ check suhu pelanggan keluar masuk. Aku tunjuk gambar ni dan bertanya. Staf tu senyum sahaja bila aku tunjukkan gambar makcik ni lantas berkata ‘hari ni saja dah empat orang datang tanya saya tentang makcik ni’.

Makcik tu memang selalu ke sini. Seminggu tu acap kali juga datang. Dan bukan dia datang seorang. Anak dia hantar. Anak dia dah besar. Anak dia lepak je kat food court sampailah mak dia ke sana untuk pulang. Susah nak kata cikgu.

“Kalau betul susah, banyak je pihak boleh bantu. JKM ada, Pusat Zakat ada, NGO ada. Tapi entahlah. Saya nak cakap lebih-lebih pun payah,” tulis Mohd Fadli mengimbas kembali perbualannya dengan staf pasaraya berkenaan.

Menurut guru ini, terdapat banyak kes seperti ini yang tular disebabkan penceritaan sebelah pihak sehingga menimbulkan perasaan simpati dalam kalangan warganet.

“Kes makcik ni aku tak katalah dia tipu. Tidak. Cuma langkah pertama yang aku ambil kalau jumpa dia tadi aku nak suruh dia naik kereta dan tunjuk rumah dia. Nak tengok keadaan rumah dia benar susah atau tidak.

“Jika betul miskin tak ada peti sejuk tak ada mesin basuh aku nak bantu belikan. Nak jumpa suami dia yang katanya dibuang kerja tu. Ada je peluang pekerjaan boleh aku tawarkan.

“Nak jumpa anak dia tingkatan 3 kononnya yang terpaksa berhenti sebab miskin, aku nak urus sampai budak tu sekolah semula. Lepas tu aku nak contact Zakat Selangor agar dapat pula bantuan bulanan. Itu semua dalam kepala aku dah. Dan memang begitu cara aku bergerak dan menghulur bantuan,” tulisnya.

TANGKAP layar pendedahan netizen mengenai siapa sebenarnya makcik berkenaan.

Jelas guru ini lagi, menerusi pengalamannya, dia akan menyiasat terlebih dahulu mengenai individu berkenaan sekiranya mereka layak mendapat bantuan, dan bukannya terus menyalurkan wang tanpa usul periksa.

“Dan hari ini bila siasat, banyak benda yang meragukan. Ada anak besar datang ambil, lepak kat food court main telefon, makan-makan sementara mak siap kutip sedekah.

“Kedua, sumber tak rasmi mengatakan dia tinggal di Taman Maluri. Jauh tu Taman Maluri ke Batu Caves kutip sedekah. Kenapa tak supermarket berdekatan rumah? Ada keraguan besar di sini.

“Ketiga, ada orang kata, mereka pernah jumpa makcik ni kutip sedekah merata-rata. Pernah ditemui di Wangsa Maju bawa kisah yang sama. Lagi meragukan.

“Namun aku tak adalah nak tuduh mereka ini sindiket atau berpakat cari duit mudah. Belum nak tuduh begitu sebab aku tak jumpa orangnya.

“Jadi kepada sesiapa yang jumpa makcik ni, ada info lengkap tentang alamat dan nombor telefon dia, tolong panjangkan pada Pusat Zakat Selangor,” katanya lagi.

Sumber: mstar

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass pada Rabu.

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...