Mak ini kantin, mak ini padang sekolah” murid tahun satu pimpin ibu ayah buta kenalkan sekolah barunya

Cukup menyentuh hati perkongsian seorang guru yang menyaksikan sendiri bagaimana anak muridnya yang hanya berumur 7 tahun cukup kebal mengharungi kehidupan.

Menurut cikgu Nadwa Nasir, hari ini merupakan hari pertama orentasi untuk pelajar tahun 1.

Situasi biasa untuk melihat ibu bapa hadir dalam membantu anak mereka membiasakan diri ke alam persekolahan, bagaimanapun apa yang disaksikannya kali ini cukup luar biasa.

Salah seorang muridnya kali ini bertindak cukup dewasa dalam berkongsi kegembiraan dengan ibu dan ayahnya yang tidak boleh melihat.

“Sentap hari terakhir tahun 2019…
Hari ni terima murid Tahun 1…
Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020..

Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil.. Memimpin mak ayahnya… yang tidak dapat melihat.. ke orientasi tahun 1..hari pertama dia sendiri ke sekolah..?,” tulisnya


Memimpin tangan ibunya ke setiap ruang sekolah untuk menjelaskan kedudukan kantin, padang sekolah dan pondok menunggu membuatkn guru ini cukup sebak dengan kehebatan yang dimiliki murid darjah satu ini.

“Selesai orientasi.. Dia pimpin mak ayah dia.. Tunjuk kelas dia kat mana.. Padang kat mana.. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat?

“mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”,” tambahnya lagi.

Sementara itu melihat sendiri bagaimana anak kecil ini menulis maklumat diri walaupun cukup kecil untuk berbuat demikian, cikgu ini yakin anak kecil ini seorang yang sudah lama berdikari.

“Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah.. Walau baru bertatih menulis.. Walau nombornya terbalik.. Kuatnya kamu wahai anak… Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini… ?,” tulisnya lagi.

Sementara itu perkongsian cikgu ini juga rata-rata turut mendapat reaksi yang sama daripada warganet. Mendoakan agar anak ini dipermudahkan segala urusan, tentunya ramai yang berharap agar kejayaan sentiasa bersamanya dalam memudahkan kehidupan ibu bapanya kelak.

“Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat..Kamu yang paling kuat..
Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020..??,” doanya.