Izara Aishah tunggu kelahiran bayi pertama Mac depan

Pelakon Izara Aishah, 27, mengumumkan hamil enam bulan. Bakal menimang cahaya mata pertamanya Mac depan, kongsi Izara kepada Berita Harian memang menjadi impiannya untuk bergelar seorang ibu selepas bernikah pada 2017.

Ditanya mengapa sekarang baru dia bersedia untuk bekongsi kisah kehamilan ini. Tambah Izara sebagai seorang bakal ibu dia tidak mahu menolak pada awal kehamilan segala-gala boleh berlaku.

“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.


“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.

“Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” katanya.

Sementara itu Izara turut memberitahu pengalaman sebagai ibu mengandung juga turut dipermudahkan apabila tidak mempunyai sebarang alahan

“Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan, termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini.

“Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan,” katanya.