Lukisan Di Peta Dengan Kayuhan Basikal, Hasilnya Boleh Tahan!

Demi mendapatkan hasil seni sememangnya memerlukan daya kreativiti di dalamnya. Kadang hasil seni yang ringkas tetap akan dihargai ramai jika mereka tahu maksud di sebalik karya itu. Sama seperti yang dilakukan seorang lelaki ini. Hasil lukisan di peta dengan menggunakan kayuhan basikal darinya cukup mengagumkan.

Anthony Hoyte yang gemar melakukan aktiviti berbasikal menggunakan hobinya itu untuk menghasilkan karya lukisan di atas peta. Caranya adalah dengan menggunakan aplikasi Strava dan kayuhan basikal jarak jauh.

Biarpun dari mata kasar nampak macam mudah untuk melakukannya, namun Anthony Hoyte mengakui ia memerlukan perancangan yang teliti untuk menghasilkan seni di peta sebegini.

Terbaru hasil lukisannya pada peta direka khas sempena sambutan hari natal yang bakal disambut di seluruh dunia tidak lama lagi. Hasil seninya itu adalah diinspirasikan dari bentuk rusa.

Demi menghasilkan lukisan itu dia mengayuh basikal sejauh 79 batu dari Hammersmith, barat London dan mengakhirinya di Euston. Anthony menghabiskan masa 9 jam untuk melengkapkan lakarannya di aplikasi tersebut.

Berikut adalah hasilnya :

Menerusi perkongsiannya kepada sebuah media antarabangsa, lelaki berusia 51 tahun ini turut mengakui cabaran untuk melakukannya adalah dia perlu ke London. Anthony yang tinggal di kawasan luar bandar lebih selesa berbasikal di sekitar Neasden dan Wembley.

Tambahnya lagi jarak 79 batu ini adalah yang paling jauh dia pernah mengayuh basikal.

Sebelum ini setiap tahun dia akan menghasilkan satu lukisan sempena hari natal. Berikut antara hasilnya :

Sumber : Daily Mail