Kantoi! Lelaki ini sengaja jatuhkan jualan bakso demi simpati dan derma

SEORANG penjual bakso menjadi terkenal serta merta setelah ‘kantoi’ berpura-pura jatuh ketika sedang berniaga persimpangan sebuah jalan.

Lebih malang, ‘drama’ lakonannya itu berjaya dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan tular di laman sosial.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang penjual bakso yang berniaga menggunakan motosikal dilihat sedang melalui simpang jalan tersebut.

Dia kemudian memerhati ke sekelilingnya sebelum berpura-pura jatuh bersama barang perniagaannya di atas jalan raya.

Video kejadian yang tular di laman sosial.

Peniaga itu juga kelihatan sempat mengubah kedudukan baldi hitam yang turut jatuh. 

Penduduk setempat kemudiannya dilihat berlari ke lokasi kejadian untuk membantu lelaki itu yang tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri.

Kejadian dikatakan berlaku di Kota Salatiga, Jawa Tengah.

Rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki terbabit yang didakwa sengaja menjatuhkan jualannya untuk menagih simpati dan derma.