Abang Honda masuk lorong RFID guna SmartTag

KEJADIAN pelik membabitkan laluan di plaza Tol bukan lagi satu perkara yang asing di negara ini bahkan keadaan itu juga mengundang gangguan kepada pengguna jalan raya lain.

Baru-baru ini, laluan yang jelas menunjukkan lorong bagi pengguna RFID namun sebaliknya yang berlaku bagi seorang pemandu kenderaan jenis Honda yang tetap ingin menggunakan SmartTag di laluan tersebut.

Video tular tersebut turut mengundang pelbagai jenis persoalan dalam kalangan netizen yang yang sememangnya pelik dengan tindakan lelaki itu.

Sebahagian besar warganet beranggapan pemandu tersebut seharusnya bersedia di lorong Touch N Go atau di laluan SmartTag terlebih dahulu agar tidak menyusahkan pemandu lain yang terpaksa terkandas sementara di laluan tersebut.

Tidak ketinggalan juga pihak yang berpendapat tindakan itu hanya sebagai alasan untuk tidak ingin membayar tol dan menggunakan alternatif itu sebagai alasan.