‘Imam Mahdi’ gagal serang imam di Masjidil Haram

SEORANG pegawai keselamatan Arab Saudi disambut seperti seorang hero selepas berjaya menggagalkan serangan seorang lelaki yang cuba menyerang imam di Masjidil Haram di Makkah dengan menggunakan tongkat.

Adegan dramatik itu juga turut tersiar secara langsung pada serangan di satu daripada tempat suci di Arab Saudi itu turut tersiar secara langsung di televisyen pada 21 Mei lalu.

Menurut polis, individu tersebut mengaku bahawa dirinya adalah ‘bakal Imam Mahdi’.

Pegawai keselamatan, Mohammed Al-Zahrani memintas lelaki berkenaan dan menolaknya keluar ketika dia cuba menyerang imam.

Penyerang itu kemudian dikeluarkan daripada masjid dengan bantuan pegawai lain.

Al-Zahrani dipuji sebagai ‘wira’ dan diberi penghargaan oleh rakyat negara itu selepas video tindakannya itu tular di media sosial.

Ketika kejadian, penyerang tersebut berpakaian ihram dan secara terburu-buru berlari menuju di mimbar ketika Sheikh Bandar Baleelah, seorang daripada imam masjid, menyampaikan khutbah Jumaat.

Dia kemudian ditahan oleh pegawai keselamatan susulan tindakan oleh Al-Zahrani yang menghalangnya, kata jurucakap polis Makkah.

Syeikh Baleelah tetap meneruskan khutbahnya walaupun semasa kejadian sedang berlaku.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki itu adalah warganegara Arab Saudi berusia 40 tahun, menurut akhbar Al-Watan.

Pada Mac lalu, seorang lelaki memegang pisau bertindak berjalan di antara saf jemaah dengan melaungkan slogan ekstremis.

Dia kemudian dipukul dengan kerusi oleh jemaah haji dan pegawai keselamatan bagi menghentikan tindakannya.

Sumber: Bharian