Gila betul! lelaki maut terjun dari tingkat 12

BAYANGKAN tindakan nekad seorang lelaki berusia 37 tahun terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di ibu negara sebelum mangsa disahkan maut.

Makluman awal mendapati, terdapat beberapa saksi kejadian telah menegur mangsa namun dia hanya tersenyum sebelum bertindak untuk memanjat.

Sebelum itu, mangsa juga dikatakan berlegar-legar di tingkat 12 pangsapuri berkenaan sebelum bertindak sedemikian menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

“Pihak kami menerima panggila orang awam pada jam 1.08 petang.

“Salah seorang saksi telah menegur si mati dan si mati hanya tersenyum sahaja dan tiba-tiba bersenam sebelum memanjat tembok.

“Beberapa orang awam telah cuba memujuk si mati dan setelah beberapa minit si mati telah terjatuh,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media.

Ketika kejadian, orang awam cuba menyelamatkan mangsa namun usaha itu tidak berjaya apabila cuba mencapai tangan mangsa.

Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kecederaan di bahagian kepala, bahu, tangan dan kaki.

Jelasnya, ketika ini punca kejadian masih disiasat.

Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat memaparkan mangsa memanjat tembok di tingkat 12 pangsapuri berkenaan.