Tun Mahathir pangku jawatan menteri pendidikan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Kemudian, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik.

“Berikutan dengan kekosongan jawatan Menteri Pendidikan baru-baru ini, Jemaah Menteri pada 8 Januari telah bersetuju agar jawatan tersebut dipangku sementara oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Keputusan ini berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 dan Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik,” memetik kenyataan itu.

Menurut sumber Awani, Jawatan tersebut kosong apabila Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan itu pada 2 Januari lalu.

Maszlee berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Dr Mahathir pada pertemuan, hari yang sama.

Selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan pada Mei 2018, Dr Mahathir pernah menyatakan hasrat untuk menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak tercapai apabila ia bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang menghalang Perdana Menteri memegang portfolio lain.

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass pada Rabu.

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...