Identiti wanita mengamuk dalam bas dikenalpasti warganet, guna anak minta sedekah?

Tular sejak semalam seorang penumpang bus Rapid KL bersama anaknya yang mengamuk kerana mendakwa pemandi bus tersebut sengaja melakukan brek kecemasan.

Dalam video berdurasi 5 minit itu, wanita itu dilihat menjerit-jerit selain memarahi pemandu bus tersebut. Turut menjelaskan pemandu bus itu melakukan brek kecemasan tanpa sebab, wanita itu juga mendakwa anaknya kemungkinan boleh mati akibat kejadian itu. Tidak berhenti di situ wanita itu turut menegaskan dia akan membuat laporan ke atas apa yang berlaku.

Video rakaman yang dimuat naik pemilik Facebook Samad dan Said itu mendapat pelbagai maklum balas warganet yang rata-rata melihat perilaku wanita itu agak biadap.

Malah ada juga yang hairan mengapa wanita itu terus berada dalam bas sedangkan mendakwa pemandu bus yang juga seorang wanita berusia itu memandu bas secara bahaya.

Malah apa yang lebih membuatkan warganet cukup geram dengan penumpang wanita ini apabila dia melabelkan wanita bertudung sebagai seorang yang jahat.

Namun kuasa warganet tidak sekadar melempiaskan amarah diruangan komen apabila terdapat seorang pengguna laman sosial ini mengenalpasti siapa wanita yang dimaksudkan ini.

Mendakwa wanita ini sering membawa anaknya ke KLCC dan meminta wang daripada orang awam.

 

Ada yang juga yang berkongsi pendapat yang wanita ini juga tidak berada dalam keadaan yang sihat.

Malah apa yang lebih memeranjatkan, identiti wanita itu juga turut dapat dicari warganet melalui laman sosial peribadinya.

Kini beberapa warganet juga mahu wanita ini dicari pihak berkuasa dalam memastikan anaknya itu tidak dieksploitasi.