Bukan nak runtuh, memang direka condong

KEGUSARAN warganet berikutan gambar tular bangunan condong di jalan Conlay menjadi antara kisah utama di media sosial beberapa jam lalu.


Menerusi perkongsian ramai, ada menyangka bangunan yang masih dalam pembinaan ini bakal runtuh memandangkan kedudukan sebahagian bangunan itu agak condong.

Malah lebih menimbulkan kerisauan pengguna jalan raya dikawasan itu juga kononnnya dimaklumkan perlu melalui jalan alternatif memandangkan jalan berdekatan bangunan itu ditutup.

Namun kenyataan yang dikeluarkan pemaju projek, KSK Land ternyata menutup khabar angin yang mengatakan bangunan separa siap itu akan runtuh.


Bakal menjadi antara menara pusing berkembar tertinggi di dunia, bangunan yang bakal siap itu juga merupakan bangunan Y008 di bawah projek 8 Conlay yang di reka oleh arkitek, Hud Bakar dari RSP Architects Sdn Bhd.


Bangunan ini juga akan merangkumi kediaman servis Kempinski dan Y008 yang menempat hotel lima bintang dan kediaman mewah.