“Aku mungkin tak sama seperti arwah suami mung yang dulu. Tapi InsyaAllah” – Luahan hati Issey buat isteri

Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham akhirnya menamatkan zaman duda hari ini dengan rakan sekolahnya sendiri.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Issey kini sah menjadi suami kepada seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Noor Aimi Mohamed Jamil.

 

Sementara itu membaca luahan hati buat isteri tercinta, Issey berjanji akan cuba menjalankan tanggungjawab yang baik buat isteri dan bakal anak-anak tirinya.

“Aku mungkin tak sama seperti arwah suami mung yang dulu. Tapi InsyaAllah.

“Aku cuba yang terbaik,”tulisnya di ruangan kapsyen.