Nak tackle anak makcik? Pandai TikTok tak?

BUKAN paras rupa atau kerjaya stabil yang dijadikan ukuran, sebaliknya cuma pandai bermain TikTok sebagai antara syarat untuk menjadi calon menantu idaman.

Viral di media sosial mengenai video seorang wanita dari Indonesia yang mahu mencari menantu untuk anak perempuannya. Video tersebut yang dimuat naik di laman TikTok mengundang banyak perhatian netizen terutamanya ‘buaya darat’, lapor TheReporter.

Video yang dimuat naik pengguna @yurikegavriel pada 22 November lepas menunjukkan si ibu merakam video anak perempuannya yang sedang membuat konten untuk akaun TikTok yang menunjukkan gadis itu menari dan ketawa.

Ibunya hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Di dalam video itu juga diletakkan syarat untuk menjadi menantunya iaitu lelaki itu haruslah seorang yang ceria, suka TikTok, rajin bekerja dan penyabar.

Netizen pun apa lagi, ramai yang tertarik lalu menawarkan diri untuk menjadi menantunya. Ada juga yang belum apa-apa sudah mula memanggil wanita itu sebagai ‘mak’.

Sumber: The Reporter

Most Popular