Hulur bantuan ringankan beban

KUANTAN, 26 Mac- Menyedari kegelisahan dan kesukaran orang ramai yang berdepan dengan seribu satu masalah akibat pandemik Covid-19, membuatkan ramai terfikir apakah nasib yang bakal menimpa golongan yang kurang berkemampuan.

Ada yang hidup bergaji hari dan tak kurang juga yang terpaksa mengikat perut memandangkan rakyat Malaysia sekarang perlu patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April hadapan.

Bagi Ustaz Al-Fadzil Hidzir yang juga merupakan Pengarah Urusan Kembara Sufi Group Of Company Sdn. Bhd., ini merupakan masa yang kritikal untuk seluruh negara.

#STAYATHOME | Bersedia untuk membuat penghantaran petang ini ke Jengka 15 pula. Rumah kami dah macam kedai runcit….

Posted by Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. on Friday, 27 March 2020

“Rakyat perlu patuh kepada arahan pihak berkuasa untuk duduk di rumah. Namun masih ada di antara mereka yang hidup berkerja dengan gaji harian dan sebagainya.

“Jadi kami ambil inisiatif untuk membatu mereka yang benar-benar dalam kesusahan. Setidaknya, ini akan dapat meringankan sedikit beban mereka,” katanya.

Sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lalu, memang terdapat rungutan daripada ahli masyarakat yang terjejas tidak dapat keluar bekerja seperti biasa.

Namun beberapa inisiatif sudah dilaksanakan oleh kerajaan dan bagi Al-Fadzil sendiri, mereka juga tidak boleh duduk diam tanpa memberikan apa-apa sumbangan kepada orang yang kurang berkemampuan.

Dia beruntung kerana dapat kerjasama daripada pelanggan agensi pelancongan Kembara Sufi dan beberapa orang perseorangan yang sudi menghulurkan pelbagai bentuk bantuan keperluan asas.

“Kami sudah menyampaikan sumbangan di beberapa daerah di Pahang seperti di Maran, Jengka, Chenor, Bera dan Kuantan.

BERMINAT BERSEDEKAH KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN. DOAKAN SEDEKAH ANDA UNTUK MENGHAPUSKAN COVID- 19 ANJURAN KEMBARA…

Posted by Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. on Wednesday, 25 March 2020

“Malah kami turut turun ke Puncak Alam (Selangor) mencari mereka yang benar-benar layak dibantu. Ini soal tanggungjawab dan kita perlu bantu bila diperlukan,” tambahnya.

Untuk makluman, Kembara Sufi bukan sekadar sebagai agensi pelancong terkenal tetapi juga mempunyai syarikat produksi yang menerbitkan banyak drama popular tanah air.