RM1 billon diperuntukkan kepada dana jaminan makanan – Muhyiddin

Dalam usaha memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi ketika tempoh kritikal negara dilanda wabak COVID-19,  kerajaan akan memperuntukkan RM1 billion kepada Dana Jaminan Makanan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan juga akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan serta perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik. 

“Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman,” katanya semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2020 di sini hari ini.

 Perdana Menteri berkata sebagai langkah tambahan, kerajaan akan menyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju.

Ia bagi membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga hingga enam bulan. 

“Ini untuk memastikan bekalan makanan terjamin dan ia akan melibatkan peruntukan sebanyak RM64.4 juta,” kata Muhyiddin. 

— BERNAMA

Artikel sebelum iniHulur bantuan ringankan beban
Artikel seterusnyaRakan artis pertahan Black

Most Popular

Lelaki nikahi dua wanita serentak – “Seperti dunia Ana yang punya!”

SEORANG lelaki didakwa menikahi dua wanita serentak dalam satu majlis persandingan di bandar Bangkalan, Madura, Indonesia hujung minggu lalu, lapor Kosmo!

Influencer berpakaian wanita mohon maaf, hanya salah faham

"SAYA masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung. "Namun,...

Polis terima tujuh laporan setakat ini, kini guru pula mendakwa dirogol pendakwah selebriti

POLIS mengesahkan menerima satu lagi laporan berkaitan kes rogol melibatkan seorang pendakwah selebriti, menjadikan tujuh laporan polis telah diterima setakat ini.

Alhamdulillah… Siti Nurhaliza umum hamil anak kedua

SPEKULASI tentang dirinya yang dikatakan berbadan dan akhirnya terjawab apabila penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini...