Dulu ‘viral’ kerana beri selipar sebagai mas kahwin, kini becerai selepas isteri ada skandal dengan 5 lelaki

SEPASANG suami isteri yang pernah mendapat perhatian ramai di Indonesia kerana memberikan selipar dan air kosong sebagai mas kahwin sebelum ini dilaporkan telah berpisah kerana orang ketiga.

Yudi Anggata dan Helmi Sumiati berkahwin pada 3 Julai 2020 tetapi mereka berpisah tahun lalu, lapor Kosmo.

Menurut Yudi, bekas isterinya itu pernah curang dengan lima lelaki dengan memberi alasan mahu pulang ke rumah ibu bapanya.

Helmi dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan 5 lelaki.

“Dia juga ada bercakap perkara buruk mengenai ibu bapa saya,” kata Yudi.

Tambahnya, mereka berdua telah terputus hubungan dan kini, dia cuba bangkit daripada kegagalan perkahwinannya dengan menghasilkan kandungan di YouTube setiap hari.

“Helmi juga telah berkahwin dan bercerai  sebanyak dua kali selepas itu. Kawan-kawan memberitahu bahawa dia telah menjadi model,” ujarnya.

Selipar menjadi tanda ikatan cinta.

Pada 2020, kisah Yudi dan Helmi menjadi tular di media sosial Indonesia kerana lelaki itu menyerahkan sepasang selipar selain segelas air kosong kepada Helmi sebagai mas kahwin.

Yudi berkata, ia dilakukan atas kehendak Helmi sendiri yang enggan menyusahkannya ketika itu.

“Selipar itu berharga 10,000 rupiah (RM2.94). Memang lucu kerana tidak menyangka (bekas) isteri hanya meminta selipar sebagai mas kahwin. 

“Saya juga berasa bahagia kerana isteri memahami keadaan ekonomi saya ketika ini.

Selipar itu adalah untuk kegunaan ketika pergi bersolat,” kata Yudi.

Sumber: Kosmo