Dua nenek bergaduh di jalan ganggu lalu lintas

SEBUAH video yang memaparkan kejadian dua orang individu warga emas yang bergaduh di sebuah persimpangan jalan tular di laman sosial.

Video yang dimuat naik di pengguna TikTok, @noenk34 memaparkan kejadian kejar mengejar antara mereka yang kelihatan seperti keanak-anakan. 

Menurut individu yang merakam kejadian tersebut, pergaduhan dimulakan oleh nenek berbaju putih.

Kelihatan kelopak-kelopak bunga bertaburan di atas jalan setelah dilempar oleh mereka berdua. 

Ketika bergaduh, seorang nenek berbaju coklat dilihat cuba memukul nenek berbaju putih itu menggunakan dulang di tangannya. 

Mereka kemudian beredar setelah sedar diperhatikan oleh pengguna jalan raya yang lain.

Netizen pula kebanyakannya geli hati akan kelakuan dua individu berkenaan.

Sumber: Kosmo