“Sebelum ini saya teruna dan bujang” – Suami Heliza Helmi jawab dakwaan dirinya duda

BERITA perkahwinan selebriti terkenal Nur Heliza Helmi bersama suaminya yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman baru-baru ini masih menjadi bualan hangat netizen sehingga kini.

Ia termasuklah desas-desus yang mendakwa mendakwa ahli perniagaan tersebut merupakan seorang duda dan perkahwinan bersama Heliza adalah kali yang kedua.

Namun begitu, Mahadi akhirnya tampil menjelaskan status sebenar beliau menerusi satu temu bual dalam sebuah rancangan televisyen hari ini bagi menjawab persoalan itu.

“Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang teruna dan bujang.

“Boleh dikatakan bujang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga yang diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami dan isteri,” jelasnya.

Dalam temu bual sama, Heliza berkata dia juga terkejut akan dakwaan ramai itu namun telah dijelaskan situasi sebenar oleh suaminya.