Dituduh Calarkan Kereta, 3 Beradik Yatim Dihalau Ibu Saudara

Ibu saudara atau ayah saudara sepatutnya menjadi tempat anak-anak buah menumpang kasih dan sayang. Namun berbeza pula dengan seorang individu yang dikenali sebagai Haziq di media sosial apabila dituduh mencalarkan kereta ibu sudaranya.

Tidak cukup dengan itu, Haziq dan adik beradiknya dihalau keluar dari rumah ketika sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Video perkongsian Haziq di media sosial menjadi tular dan meraih simpati netizen dengan kejadian yang menimpa mereka tiga beradik.

 

@zulhaziyqqqqpermulaan hari raya, terima kasih atas segala hinaan ni.

♬ Duka x serana – Ra🥀

“Permulaan hari raya, terima kasih atas segala hinaan ni,” tulisnya di Tiktok

Kejadian bermula apabila makcik saudaranya terjumpa kesan calar pada kereta miliknya dan tanpa usul periksa terus menuduh tiga beradik ini yang melakukannya. Tiga beradik ini dihamburkan dengan kata makian serta kata-kata kesat.

Apa yang lebih menyayat hati, mak cik saudaranya turut mengaitkan arwah ibu mereka yang sudah meninggal dunia

Haziq memohon doa orang ramai agar dirinya dan adik-adik terus kuat dan minta sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunya.

“Doakan saya dan adik-adik terus kuat dan Al-Fatihah untuk arwah ibu,” luahnya.