[Video] Puluhan Kampit Beras, Tepung dan Sardin Dibuang dan Dibakar

Tular di media sosial lambakan barangan keperluan seperti beras, tepung, gula, sardin dan pelbagai barangan lain telah dibuang di sebuah lokasi di Rumpun Makmur Kuala Krau, Temerloh.

Selepas barangan keperluan tersebut dibuang di situ, terdapat pihak yang bertindak pantas dengan membakar barangan berkenaan.

 

Yang menjadi persoalan orang ramai bukan sahaja yang melalui lokasi tersebut, tetapi juga pengguna media sosial adalah punca barangan keperluan itu dibuang dan dibakar.

Setakat ini, masih belum diketahui siapakah pihak yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan tersebut.

Ada juga sumber yang mengatakan barangan keperluan yang dibuang dan dibakar itu disebabkan sudah rosak dan luput tarikh kerana disimpan terlalu lama.