Demi selamatkan anjing peliharaan, gadis berani tepis beruang!

SEBUAH video memaparkan seorang gadis yang sangat berani menyelamatkan anjing peliharaannya dari ‘diterkam’ oleh seekor beruang besar tular di media sosial.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Bradbury, California itu dirakam menerusi CCTV. ada awalnya, dapat dilihat seekor beruang besar bersama anaknya memanjat penghadang konkrit, seekor anjing yang melihat kehadiran beruang itu berusaha untuk menghalaunya tetapi ia bertukar menjadi ganas.

Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ekor anjing yang kecil pula datang selepas mendengar anjing hitam menyalak dan ngauman beruang tersebut.

Disebabkan terkejut mendengar kekecohan itu, remaja yang dikenali sebagai Hailey Morinico, 17, dengan pantas datang menyelamatkan kesemua anjing peliharaannya.

Lebih mengejutkan, dia juga dilihat dengan berani menepis dan menolak beruang besar itu sehingga terjatuh.

Menerusi temubual CNN, Hailey mengatakan bahawa apa yang berada di dalam fikirannya ketika itu adalah hanya untuk menyelamatkan anjing-anjingnya. Tindakan beraninya itu mendapat pujian dari warganet di seluruh dunia.