Seram! Kelibat putih perhati abang pam minyak bersihkan cermin kereta

TULAR sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki membersihkan cermin kereta di sebuah stesen minyak.

Awalnya, video yang mendapat lebih dari 201 ribu tontonan tersebut nampak seperti tiada apa sehingga apabila ia dimainkan semula secara perlahan nampak satu sosok yang pelik berdiri memerhati mereka.

Kelihatan seakan ada satu kelibat yang dipercayai berpakaian putih sedang berdiri pada tembok yang berdekatan dengan tiang lampu di stesen minyak itu.

Walau bagaimanapun apakah kelibat atau entiti tersebut tidak dapat dipastikan kerana kurang jelas, namun sekali pandang ianya pasti dapat menimbulkan perasaan seram.