Dah buat salah lagi nak tunjuk samseng! Netizen kecam abang kopiah

TAK padan dengan pakai kopiah, tindakan samseng seorang individu lelaki cetus kemarahan netizen apabila cuba menimbulkan provokasi ketika diri sendiri melanggar undang-undang jalan raya.

Perbuatan itu tular di media sosial setelah insiden itu berjaya dirakam menerusi dashcam kenderaan mangsa yang diekori lelaki berkenaan selepas berang tidak dapat memotong barisan ketika memandu di Setia Taipan.

Lelaki yang berlagak seperti gangster memandu kenderaan perdana hitam itu telah mengejar kenderaan mangsa dan berjaya memintas ketika mangsa sedang menurunkan rakannya di kawasan perumahan.

Menerusi video tular tersebut, lelaki yang berkopiah hitam itu kelihatan cuba mencetuskan pergaduhan akibat daripada kesalahan yang ditimbulkan sendiri.

Bagaimanapun, keberaniannya tidaklah setinggi mana apabila mangsa menyatakan hasrat untuk ke balai bagi melaporkan perbuatannya hasil daripada rakaman dashcam.

Lelaki yang kononnya berlagak seperti gangster itu telah melarikan diri sebaik sahaja mangsa menyatakan hasrat tersebut.

Melihat kepada watak lelaki tersebut, ternyata seakan mempunyai masalah apabila hasil pemeriksaan mendapati terdapat 38 saman berjumlah RM8,150 yang masih belum diselesaikan.

Sebahagian besar warganet menuntut si pelaku dikenakan tindakan yang sewajarnya akibat daripada perbuatan samseng lelaki tersebut serta berdasarkan rekod kesalahan jalan raya yang telah dibuat.

Memotong barisan, cuba memotong guna lorong kiri, membuat provokasi, serta mencetuskan pergaduhan, antara kesalahan yang dikesan terhadap pemandu tersebut.

Ini termasuk kesalahan tidak memakai pelitup muka dan juga mempunyai nombor pendaftaran kenderaan ‘fancy’.

Hmm.. jadi siapa yang bermasalah sebenarnya?