Cukup biadap” Bawa anjing ke Tesco, wanita ini mengamuk ketika diminta keluar

Mungkin tidak faham bahasa atau sengaja mahu mencetuskan provokasi. Rasanya sudah terang-terang pusat membeli belah di negara ini melarang membawa binatang peliharaan ke kawasan tersebut. Namun apa yang berlaku di pasaraya Tesco di Tebrau Johor ini betul-betul mengjengkelkan.

Melalui perkongsian di Twitter @Nannaz17 dia menyaksikan sendiri bagaimana seorang wanita membawa anjing peliharaanya mengamuk ketika diminta keluar dari premis tersebut.

Malah ketika pihak pasaraya meminta troli diasingkan juga dia turut mengamuk. Ternyata kejadian itu mendapat perhatian orang awam yang berada disitu selain perkongsian @Nannaz17 ini juga turut mendapat reaksi warganet yang rata-rata mengecam tingkah laku wanita tersebut.

Setakat ini perkongsiannya di Twitter mendapat 4 ribu Likes selain di retweet sebanyak 5.5 ribu.