Mungkin tidak faham bahasa atau sengaja mahu mencetuskan provokasi. Rasanya sudah terang-terang pusat membeli belah di negara ini melarang membawa binatang peliharaan ke kawasan tersebut. Namun apa yang berlaku di pasaraya Tesco di Tebrau Johor ini betul-betul mengjengkelkan.
Melalui perkongsian di Twitter @Nannaz17 dia menyaksikan sendiri bagaimana seorang wanita membawa anjing peliharaanya mengamuk ketika diminta keluar dari premis tersebut.
Baru berlaku di tesco tebrau.dah bawak anjing d tesco..bila org suruh keluar dgn cara baik..dia mengamuk depan kaunter.bila minta troli utk di asingkan..die mengamuk lagi. pic.twitter.com/c9qhnis8cX
— Nanmanjoi?? (@Nannaz17) January 26, 2020
Malah ketika pihak pasaraya meminta troli diasingkan juga dia turut mengamuk. Ternyata kejadian itu mendapat perhatian orang awam yang berada disitu selain perkongsian @Nannaz17 ini juga turut mendapat reaksi warganet yang rata-rata mengecam tingkah laku wanita tersebut.
Setakat ini perkongsiannya di Twitter mendapat 4 ribu Likes selain di retweet sebanyak 5.5 ribu.