Bukan motosikal rasmi polis trafik, itu motosikal kena sita rupanya

Tular gambar dua anggota trafik menunggang motorbike yang kononnya didakwa warganet menjadi kenderaan rasmi pihak berkuasa.

Malah antara komen yang ditinggalkan dibeberapa laman Facebook yang berkongsi gambar ini juga turut mempersoalkan tahap keselamatan motosikal terbabit yang dilihat tidak mencapai piawaian keselamatan.

Bagaimanapun apa yang dianggap warganet sebagai kenderaan rasmi polis trafik ini sebenarnya meleset. Melalui laman Instagram Kakikorner_official motosikal yang dibawa anggota trafik itu sebenarnya motor yang sudah disita atas beberapa kesalahan.

Ternyata sekatan yang dilakukan pihak polis trafik di tol jalan duta itu beberapa hari lalu memerlukan motosikal ini dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Jadi anggota yang dilihat membawa motosikal itu hanyalah ditugaskan untuk memastikan motor itu selamat sampai didestinasi sahaja.