Buka zip seluar, lempar kerusi, Aliff Aziz buat hal lagi?

Tidak serik-serik nampaknya pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, 29, kali ini tular video pergaduhannya dengan seseorang di sebuah kedai makan di Singapura.


Dikongsi laman Facebook Official_Fidz rata-rata komen turut kecewa melihat keadaan penyanyi itu kini.


Paling teruk dalam video tersebut juga Aliff turut kelihatan membuka zip seluar untuk menunjukkan bahagian kemaluannya.

Dalam video itu juga Aliff berada dalam keadaan marah selain mengeluarkan pelbagai kata-kata kasar dan turut melemparkan kerusi.

Walaupun cuba ditenangkan oleh beberapa individu lain namun penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang Sayang ini tetap meneruskan kelakuannya itu.