Facebook ADUN Dengkil diserang netizen

Ketika Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Adhif Syan Abdullah menafikan dia sebagai individu yang ditangkap dan disahkan positif dadah dalam serbuan di Damansara, pagi ini.

Laman sosial miliknya sudah mula diserang netizen sejak beberapa jam lalu.

Rata-rata komen yang ditinggalkan berkaitan dengan laporan media yang mengatakan seorang ADUN ditahan pagi tadi bersama dengan 16 Individu lain di sebuah kediaman.

Menurut laporan dalam serbuan itu mereka yang ditahan berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4.45 petang di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini.

Menurut sumber, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.

Bercakap kepada Malaysiakini dua jam lalu, ADUN Dengkil Adhif Syan Abdullah bagaimanapun menafikan dia berada dilokasi kejadian selain berada di rumahnya semalam.

Tambahnya lagi dakwaan itu merupakan cubaan “sabotaj” menjelang pilihan raya parti Bersatu tahun ini.