“Budak Tadika Pon Kenal Bendera Malaysia” Netizen Terus Naik Angin Isu Bendera

“Melampau dan memalukan”, itu antara komen-komen yang dilihat memenuhi ruang pemohonan maaf di Facebook milik Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) sejak semalam.

Pemohonan maaf itu dibuat selepas tular insiden Jalur Gemilang dengan bintang lima bucu yang ditayangkan pada skrin semasa majlis perasmian kejohanan bola keranjang Milo Lum Mun 2019.

Ternyata pemohonan maaf yang dibuat itu tidak meredakan kemarahan netizen yang melihat kesilapan ini sebagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Malah ada yang melihat ini sebagai satu tindakan biadap memandangkan berlangsung pada acara yang melibatkan sukan yang mewakili negara.

Sementara itu juga antara komen yang ditinggalkan turut menyoalkan mengapa pemohonan maaf itu dibuat dalam bahasa Inggeris dan Cina memandangkan bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan.