“Saya tak terima alasan “tersilap” bendera- Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq berkata tidak menerima sebarang alasan berikut isu tersilap bendera di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat di Banting hari ini.

Menurut ciapan beliau, turut berkata bahawa budak kecil berumur 5 tahun juga tahu bagaimana rupa bendera Malaysia.

“Saya sudah arahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) menyiasat isu tersebut dan mengambil tindakan dengan segera,” kata beliau dalam laman Twitter.

Ciapan beliau turut tular dan meraih lebih 12,000 ulang ciap dan 11,600 tanda suka serta mengundang pelbagai reaksi.

Sementara itu, menurut laporan Bernama, Syed Saddiq berkata KBS akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak berkaitan.

“Tindakan KBS adalah untuk memastikan siasatan dan tindakan diambil ke atas persatuan tersebut.

” Kita perlu melalui beberapa prosedur sebelum mengambil apa-apa tindakan, ” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Reben Kuning: PEKA@MRCB di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, di Banting hari ini.

Bagaimanapun, beliau turut berkata ketika mengulas mengenai pemaparan bendera kebangsaaan Jalur Gemilang dengan bintang pecah lima ketika perasmian Piala Lum Mun Chak yang dianjurkan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), semalam.

Susulan kejadian itu, MABA dalam laman webnya telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan pencinta sukan bola keranjang di atas kesilapan berkenaan.