Budak Lelaki Dipaksa Tukar Baju Sebelum Naik Kapal Terbang

Rasa resah menaiki kapal terbang biasanya dipengaruhi oleh faktor takut kepada ketinggian atau tempat tertutup. Walaupun tidak ramai yang mengalami masalah ini, sesiapa sahaja boleh merasa gementar apabila menaiki kapal terbang.

Ini kerana terdapat risiko lain yang boleh membuatkan seseorang penumpang itu tidak senang duduk, seperti risiko untuk kapal terbang terjatuh, atau risiko untuk ia dirampas oleh pengganas.

Keresahan ini timbul bukan sahaja kerana apa yang pernah dilaporkan dalam berita. Tetapi biasanya penumpang menjadi lebih terkesan dan terpengaruh akibat situasi membahayakan nyawa di dalam pesawat yang ditunjukkan dalam filem-filem Hollywood.

Seperti baru-baru ini, seorang budak lelaki telah dipaksa untuk menukar baju sebelum menaiki pesawat.

Stevie Lucas memakai baju T hitam yang memaparkan ular hijau besar yang dicetak di atasnya apabila pihak berkuasa menyatakan ia bukan pakaian yang sesuai untuk dipakai di atas kapal terbang.

Menurut ibu bapa kanak-kanak itu, pihak pengurusan di lapangan terbang New Zealand mengarahkan anak mereka menukar baju T grafiknya itu kerana takut timbulkan kebimbangan kepada penumpang lain.

Untuk menyelesaikan masalah itu, budak lelaki 10 tahun itu terpaksa menterbalikkan bajunya agar gambar ular tidak kelihatan.

Sementara ada yang menganggap pihak pengurusan sengaja membesar-besarkan hal yang tidak membahayakan sesiapa, ada juga yang bersetuju dengan tindakan itu.

Sumber : Twitter – Aviation-Fail