Merupakan hari pertama persekolahan. Rata-rata pengguna warganet yang bergelar ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk berkongsi gambar anak-anak mereka ke sekolah.
Menjadi seperti tradisi buat pengguna laman sosial masa kini untuk berkongsi ragam anak mereka buat tatapan rakan yang mengikuti laman sosial mereka.
Bagaimanapun disebalik perasaan teruja itu diharap ibu bapa tidak melupakan beberapa perkara yang melibatkan keselamatan anak mereka.
Antara kedudukan sekolah dan waktu persekolahan dan jadual hantar dan ambil anak-anak mungkin tidak perlu dikongsi secara terperinci.
Sebagai tambahan gambar juga pilih yang bersesuaian untuk dimuat naik memandangkan kita tidak tahu siapa yang mengikuti kita di laman sosial.
Sementara tidak menjadi kesalahan untuk ibu bapa menunggu anak mereka sehingga habis sesi persekolahan hari ini.
Namun perlu diingatkan jangan penting diri, dalam memastikan keselesaan anak sendiri sehingga mengabaikan hak murid lain.
Sekolah adalah tempat untuk anak-anak kita mengenal erti berdikari jadi tinggalkan anak-anak kita dengan kepercayaan agar memudahkan mereka.
Pasti juga ada ibu bapa yang sudah berada di dalam kumpulan perbualan Whatsapp yang ditubuhkan khas buat cikgu dalam menyampaikan maklumat terkini berkaitan persekolahan.
Bagaimanapun adalah sesuatu yang tidak wajar jika ada ibu bapa yang menggunakan kemudahan ini sebaliknya.
Tentunya bukan keadaan yang menyenangkan untuk cikgu menjawab persoalan remeh seperti “apa anak saya buat hari ini”
Tidak cukup dengan itu ada juga ibu bapa yang menggunakan ruang ini untuk mempromosikan perniagaan. Kedengaran pelik, tetapi ini bukan mustahil buat ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran.
Akhir sekali menghantar anak ke sekolah bukan sekadar komitmen jangka pendek. Memerlukan kerjasama yang baik antara ibu bapa dan cikgu, apa yang penting adalah sikap ibu bapa itu sendiri dalam memastikan anak-anaknya mempunyai pengalaman yang baik sepanjang berada di sekolah.